'Pendirian Pas tak ubah sistem pendidikan negara'

Maszlee
Maszlee
A
A
A

KUANTAN - Pas bukan komponen kerajaan dan pendirian parti itu tidak mampu mengubah sistem pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana aspek pendidikan di negara ini terletak sepenuhnya di bawah kerajaan Pusat yang diterajui Pakatan Harapan (PH)

Menurutnya, Malaysia kini berada pada era demokrasi dan setiap pihak berhak untuk membuat kenyataan namun mereka perlu bertanggungjawab ke atas kenyataan itu.

"Ini membuktikan Malaysia baharu ini meraikan semua pihak untuk bersuara dan menyatakan pandangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hapuskan sistem pendidikan vernakular - Pas

"Itu (hapus sistem pendidikan vernakular) pandangan mereka. Mereka bukan komponen kerajaan dan pendidikan ialah di bawah tanggungjawab kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff.

Artikel Berkaitan:

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Sabtu lalu, Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md. Nor mendesak kerajaan PH menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Salamiah, dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum