Eco Garden bukti keprihatinan Perodua terhadap alam sekitar

ECO Garden laman hijau Perodua.
ECO Garden laman hijau Perodua.
A
A
A

SELEPAS melancarkan kawasan rekreasi dikenali Laman Hijau bulan lalu, Perodua sekali lagi menggiatkan usahanya dengan membuka secara rasmi ECO Garden di tengah-tengah kampus ibu pejabat dan pengeluarannya di Sungai Choh, Selangor baru-baru ini.

Pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, taman mampan berukuran 1,500 meter persegi itu merupakan peneraju kepada rancangan Perodua untuk menerapkan nilai-nilai eko di dalam setiap kemudahan dan operasinya yang diilhamkan daripada Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Masanori Takahashi.

"Sebagai syarikat yang beroperasi sebagai sebuah industri yang sangat bergantung kepada tenaga dan sumber, Perodua ingin melakukan perubahan melalui produk dan operasinya sekali gus dapat memberi kesan positif kepada dunia. "Kami ingin membuktikan bahawa kami amat mengambil berat mengenai pemeliharaan alam sekitar dan sentiasa berusaha untuk menjadikan proses dan produk kami terus mesra alam," katanya.

Shafe'ee (depan, dua dari kiri) dan Asmat (kanan) memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Eco Garden di Sungai Choh baru-baru ini.
Shafe'ee (depan, dua dari kiri) dan Asmat (kanan) memotong reben sebagai tanda simbolik perasmian Eco Garden di Sungai Choh baru-baru ini.

Perodua ECO Garden dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Shafe’ee Yasin yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim. Ia serentak dengan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut 5 Jun lalu dan bulan ECO Perodua.

Taman tersebut dibina berlanskapkan hutan semula jadi dengan pelbagai flora termasuk kolam ikan yang menggunakan sisa air yang dirawat, taman rekreasi, pusat informasi dan taman herba organik.

Selain itu, sebahagian besar Perodua ECO Garden dibina daripada bahan sisa kilang yang dikitar semula dan semua lampu serta pam air dikuasai sepenuhnya oleh tenaga elektrik suria.

Artikel Berkaitan: