Naza College tawar tiket Grandstand MotoGP

No Image Caption
A
A
A

NAZA College of Technology and Business, anak syarikat milik penuh Naza Group akan memberikan tiket Grandstand MotoGP secara percuma kepada pelajar yang mendaftar untuk pengambilan Ogos 2019 pada Hari Terbuka kolej tersebut padasabtu lepas.

Hanya untuk satu hari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang, pelajar yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah, antaranya biasiswa 100 peratus.

Kolej itu juga melancarkan satu kursus akademik yang baharu iaitu kursus Diploma Teknologi Motosikal yang merupakan program yang pertama seumpamanya yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia. Ia direka untuk memberi pelajar pengetahuan kejuruteraan motosikal bertaraf dunia.

Selain itu, Naza College of Technology and Business turut menawarkan kursus diploma dalam jurusan Perniagaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (Automotive Technology).

Calon yang ingin meneruskan pengajian pada peringkat diploma berkaitan industri automotif dan mendaftar pada Hari Terbuka juga layak menerima biasiswa sehingga 100 peratus hasil kerjasama antara Affin Bank dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara. Pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia atau United Examination Certificate juga boleh memohon Biasiswa Merit Naza.

Biasiswa lain yang turut ditawarkan termasuklah Naza Family Edu-Aid yang menyediakan biasiswa sehingga 50 peratus untuk anak kakitangan Naza Group.Kursus-kursus yang ditawarkan di Naza College of Technology and Business termasuklah:

  • Diploma in Motorsport Technology
  • Diploma in Motorcycle Technology
  • Diploma in Automotive Business Management
  • Diploma in Automotive Technology (Light Vehicles)
  • Diploma in Business
  • Sijil Kemahiran Malaysia (Automotive Technology)

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.naza.edu.my dan ikuti Facebook https://www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

Artikel Berkaitan: