CEO, ketua jabatan syarikat urus sisa pepejal ditahan

Kedua-dua suspek tiba kira-kira jam 10.30 pagi di pekarangan mahkamah berkenaan sambil diiringi anggota SPRM Kedah.
Kedua-dua suspek tiba kira-kira jam 10.30 pagi di pekarangan mahkamah berkenaan sambil diiringi anggota SPRM Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang ketua pegawai eksekutif dan ketua jabatan kontrak dan perolehan sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah sejak 2015.

Perintah reman dikeluarkan Penolong pendaftar, Rashidah Azmi di Mahkamah Alor Setar di sini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba kira-kira jam 10.30 pagi di pekarangan mahkamah berkenaan sambil diiringi anggota SPRM Kedah.

Suspek wanita memakai uniform dengan tudung hijau, disusuli suspek lelaki yang memakai kemeja biru muda.

Kedua-dua suspek tiba kira-kira jam 10.30 pagi di pekarangan mahkamah berkenaan sambil diiringi anggota SPRM Kedah.
Kedua-dua suspek tiba kira-kira jam 10.30 pagi di pekarangan mahkamah berkenaan sambil diiringi anggota SPRM Kedah.

Suspek yang masing-masing berusia 34 dan 50 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah lebih kurang jam 6 petang, semalam untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, mereka ditahan berhubung penerimaan rasuah daripada kontraktor dalam pemberian kontrak kerja, pengubahsuaian rumah kedai milik salah seorang orang yang disyaki yang dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 28 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan tersebut bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.