Peniaga yong tau fu 'sangkut' edar dadah

Mohd Fahmi (tiga, kiri) menunjukkan rampasan yang dibuat susulan tertangkapnya seorang lelaki di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Mohd Fahmi (tiga, kiri) menunjukkan rampasan yang dibuat susulan tertangkapnya seorang lelaki di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taktik berselindung sebagai peniaga yong tau fu untuk menjalankan kegiatan haram menjual serta mengedar dadah sejak lima tahun lalu akhirnya terbongkar.

Kegiatan licik lelaki berusia 33 tahun itu berjaya ditumpaskan dalam tangkapan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 11.15 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pemeriksaan menjumpai satu ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 17.6 gram.

Antara rampasan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Antara rampasan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

"Susulan itu, kira-kira jam 11.45 malam, hasil soal siasat kemudian membawa serbuan di sebuah stor di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru dan merampas 11 ketulan besar daun kering disyaki ganja seberat 9 kilogram selain 3,000 biji pil eramin 5.

"Nilai rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM67,500," katanya dalam sidang akhbar, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod mendapati suspek yang dikesan positif dadah itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

Antara rampasan wang tunai dan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Antara rampasan wang tunai dan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, polis percaya dadah ini diperoleh suspek dari utara tanah air dan akan diedarkan di sekitar Kampung Baru dengan harga serendah RM100 sepaket. Malah suspek ini dipercayai aktif secara sendirian tanpa pengetahuan keluarganya.

"Suspek kini sedang direman tujuh hari sehingga Khamis ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.