Pekerja binaan jadi 'influencer'

Omar kerap kongsi aktiviti harian di Instagram
Omar kerap kongsi aktiviti harian di Instagram
A
A
A

KEWUJUDAN media sosial kini menjadi satu platform bagi mengetengahkan personaliti yang dipanggil 'influencer', tanpa mengira latar belakang dan juga bakat seseorang itu.

Begitulah yang terjadi kepada seorang bapa dari Texas, Amerika Syarikat (AS) bergelar 'influencer' selepas dipopularkan oleh anaknya di Twitter @barbzlovescarbs.

Omar merupakan seorang pekerja pembinaan di Austin.

Pada asalnya, Omar tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan 'influencer' dan bertanya tentangnya kepada anak perempuannya.

Selepas dimaklumkan tentang maksud 'influencer' tersebut, reaksi bersahaja Omar hanyalah: "Pssh, ayah pun boleh buat."

Jadi, bapa tersebut mula mendaftar akaun Instagram @justaconstructionguy dan kerap berkongsi tentang kehidupan hariannya sebagai seorang pekerja pembinaan.

Dalam tempoh seminggu sahaja, Omar berjaya mengumpul lebih 342,000 pengikut di Instagram.

Artikel Berkaitan:

Kini jumlah pengikutnya sudah meningkat kepada 544,000 orang.

Malah sering memuat naik beberapa gambar yang biasa dilakukan oleh personaliti media sosial lain seperti aktiviti minum secawan kopi, gambar pakaian hari ini (outfit of the day) dan gaya paling popular seakan membawa seseorang menuju ke sebuah destinasi.