Roti canai anak teruna kian popular

Mohd Adam tidak menjadikan umur muda sebagai penghalang buatnya menyediakan roti canai di restoran milik keluarganya itu
Mohd Adam tidak menjadikan umur muda sebagai penghalang buatnya menyediakan roti canai di restoran milik keluarganya itu
A
A
A

TEMERLOH - Roti canai anak teruna. Itu gelaran diberikan oleh pelanggan dan peminat roti canai di Restoran Kek Alin yang terletak di Taman Chengal di sini.

Ini gara-gara penangan roti canai terbabit disediakan oleh seorang remaja iaitu Mohd Adam Wafiy Sahrul Nizam,13 sejak beberapa bulan lalu.

Jika dilihat fizikal dan usianya yang masih muda tidak siapa menjangka roti canai kegemaran rakyat di negara ini mampu dihasilkan oleh Mohd Adam.

Ketika ditemui Sinar Harian baru-baru ini memang rasa kurang yakin timbul roti canai itu hasil air tangan remaja terbabit. Namun selepas melihat dan menikmatinya sendiri, rasa kagum terbit di hati.

Anak sulung dari tiga beradik itu memberitahu,dia mula belajar menguli dan menebar roti itu daripada bekas pekerja di restoran terbabit.

Menurutnya,dia mengambil masa tiga bulan untuk mahir sebelum memberanikan diri menyediakan bbuat pelanggan di restoran milik ibu bapanya itu.

"Saya berniat nak bantu mak ayah lagipun ini perniagaan milik keluarga siapa lagi nak menolong.

"Memang pada mulanya ada pelanggan bertanyakan kepastian betul ke saya boleh buat,tapi bila mereka dah rasa sendiri dah jadi pelanggan tetap.

Artikel Berkaitan:

"Bermula dari situ timbul gelaran oleh pelanggan nak 'roti canai anak teruna' bila datang ke sini," katanya lagi.

Katanya,dia hanya datang membantu di restoran itu bermula waktu petang selain ketika hari cuti.

"Saya tak rasa beban malah gembira dapat bantu di sini.Tidak timbul rasa malu tapi rakan-rakan sekolah dan guru terkejut bila nampak saya menebar roti namun mereka kini pun jadi pelanggan," katanya.

Ditanya kesukaran menghasilkan roti terbabit, Mohd Adam mengakui menguli tepung disifatkan lebih sukar berbanding menebar.

"Selepas ini saya nak belajar dan mahirkan diri masakan Barat pula dan menambahkan lagi tarikan di restoran ini," katanya berhasrat memiliki restoran sendiri suatu hari nanti.