Kerajaan lulus pelaksanaan Visa Sebaik Tiba di labuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LABUAN - Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan Visa Sebaik Tiba (VOA) di Labuan seperti dilaksanakan di Langkawi dan ia dijangka dilancarkan secara rasmi bulan depan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, VOA sedang menunggu untuk diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri sebelum dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen.

"Ia merupakan kesungguhan usaha kerajaan untuk meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau itu, dan sekarang VOA telah diluluskan," katanya pada Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Belia dan Sukan Labuan, di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah itu akan membantu meningkatkan ketibaan pelancong dari Sabah melalui Lapangan Terbang Labuan dan dari Brunei melalui terminal feri Labuan.

"Labuan mesti bersedia untuk menerima peningkatan ketibaan pelancong yang seterusnya akan meningkatkan ekonomi Labuan," katanya.

Rozman berkata kelulusan VOA akhirnya akan membuka jalan bagi lebih banyak syarikat penerbangan mengadakan perkhidmatan ke Labuan.- Bernama

Artikel Berkaitan: