Empat beranak tidur beralas rumput

Anak-anak kepada wanita tersebut yang didapati tidur beralaskan rumput ketika ditemui - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Anak-anak kepada wanita tersebut yang didapati tidur beralaskan rumput ketika ditemui - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Empat beranak yang menjadikan kaki lima bangunan serta bahu jalan sekitar daerah ini sebagai tempat tinggal dipercayai sejak lebih sebulan lalu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa terlibat untuk tindakan lanjut.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam akaun Facebook rasminya memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung satu keluarga yang dilihat bergelandangan di sekitar kawasan Shah Alam.

Wanita ditemui bersama tiga anaknya yang didakwa hidup bergelandangan sekitar Shah Alam - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Wanita ditemui bersama tiga anaknya yang didakwa hidup bergelandangan sekitar Shah Alam - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Bertindak atas aduan, Skuad Zakat Selangor segera ke lokasi dan menemui seorang wanita warga Indonesia serta tiga kanak-kanak warga tempatan tidur beralaskan rumput di tepi jalan.

“Semakan mendapati empat beranak ini hidup gelandangan selepas suami wanita yang merupakan seorang lelaki warga tempatan meninggalkannya bersama anak-anak tanpa tempat tinggal dan duit belanja sejak enam bulan lalu.

Skuad Zakat Selangor segera ke lokasi selepas menerima aduan orang ramai - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Skuad Zakat Selangor segera ke lokasi selepas menerima aduan orang ramai - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

“Kesemua mereka pernah pulang ke Indonesia tahun lalu namun kembali semula ke negara ini tanpa hala tuju,” katanya.

Menurutnya, semakan pasport milik wanita itu mendapati dia hanya menggunakan visa pelawat yang telah tamat tempoh.

Artikel Berkaitan:

Kaki lima bangunan dan tepi jalan menjadi tempat tinggal empat beranak ini dieprcayai sejak lebih sebulan lalu - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Kaki lima bangunan dan tepi jalan menjadi tempat tinggal empat beranak ini dieprcayai sejak lebih sebulan lalu - FOTO IHSAN FB LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

"Oleh kerana kes ini di bawah akta perlindungan kanak-kanak dan akta warga asing, maka kami bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut," katanya.