Sindiket judi antarabangsa jadikan Malaysia hab pusat panggilan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed. Foto: ZAHID IZZANI
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed. Foto: ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian antarabangsa dikesan mula memasuki negara dengan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pusat panggilan kegiatan jenayah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sindiket didalangi individu warga China dan Indonesia dengan bantuan warga tempatan menjadikan kondominium serta banglo mewah dan pejabat komersil sebagai pusat panggilan untuk menarik kaki judi di negara masing-masing.

Menurutnya, kegiatan ini dikesan bermula pada hujung tahun lalu dan sehingga kini sebanyak 75 serbuan telah dilaksanakan di seluruh negara.

"Seramai 1,228 orang telah ditahan dan alat perjudian sebanyak 4,683 unit serta wang tunai berjumlah RM42,000 dan Yuan 6,000 turut dirampas.

"Kuala Lumpur mencatat serbuan paling tinggi iaitu 28 dengan 603 tangkapan diikuti Selangor (27 serbuan, 303 tangkapan) dan Sarawak (7 serbuan, 71 tangkapan)," katanya pada sidang media khas JSJ di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, alat komputer serta telefon bimbit yang dirampas membuktikan kegiatan judi dijalankan di negara masing-masing dan menggunakan kemudahan e-wallet, Wechat Pay dan kemudahan transaksi wang atas talian di negara mereka.

"Daripada semakan forensik terhadap kegiatan perjudian antarabangsa itu setakat ini, tiada pemain tempatan dan penggunaan akaun tempatan dikesan," katanya.

.

Artikel Berkaitan: