Kondominium diserbu terlibat aktiviti judi atas talian

Shanmugamoorthy (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan dalam serbuan melibatkan kes judi atas talian dan penjualan nombor loteri awam haram di kawasan bawah IPD Sentul sejak 19 Jun lalu.
Shanmugamoorthy (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan dalam serbuan melibatkan kes judi atas talian dan penjualan nombor loteri awam haram di kawasan bawah IPD Sentul sejak 19 Jun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kondominium di Taman Usahawan Kepong di sini diserbu Sabtu lalu selepas dikesan terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, polis merampas barang yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu dalam serbuan yang dibuat jam 8 malam.

Menurutnya, dua warga Indonesia terdiri seorang lelaki dan seorang wanita yang juga penjaga premis tersebut ditahan.

"Suspek berusia antara 30 dan 32 tahun itu ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

"Turut dirampas lapan set komputer riba jenama Dell, tiga telefon bimbit, satu unit tablet jenama Samsung, wang tunai lebih RM1,000 dan lain-lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sentul, hari ini.

Shanmugamoorthy (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Sentul hari ini.
Shanmugamoorthy (dua, kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Sentul hari ini.

Dalam perkembangan lain, sebanyak sepuluh serbuan membabitkan aktiviti penjualan nombor loteri awam haram dilakukan antara 19 Jun lalu sehingga 23 Jun lalu.

"Polis menahan lapan lelaki dan dua wanita berumur antara 20 tahun hingga 57 tahun sepanjang serbuan selama lima hari itu.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan ke atas semua suspek menemukan barang yang digunakan untuk penjualan nombor loteri awam haram termasuk pencetak mudah alih dan kepingan kertas tertera nombor loteri," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit salah boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda sehingga RM200,000.

Justeru, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan judi atas talian dan penjualan nombor loteri awam haram bagi membantu polis mengambil tindakan selanjutnya.