Jurujual maut bergaduh

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan 11 individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang jurujual lelaki berumur 28 tahun di rumahnya di Taman Perling di sini kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 18 hingga 26 tahun ditahan reman sehingga Ahad ini untuk bantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Siasatan mendapati, sebelum kejadian mangsa dipercayai bergaduh dengan sekumpulan lelaki dalam kejadian di Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad di sini pada hari sama kira-kira jam 2.30 pagi. Berikutan itu, pasukan polis berjaya menahan 10 lelaki dan seorang perempuan untuk siasatan bersabit kes ini.

"Hasil daripada siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku disebabkan salah faham yang bermula hanya berlaga bahu di sebuah pusat hiburan Johor Bahru sehingga berlarutan ke luar sebelum dia didapati meninggal dunia di rumahnya di Taman Perling pada hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan berdasarkan laporan bedah siasat punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada kepala.

"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes boleh menghubungi terus di hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Zamri Shariff di talian 019-4240480," katanya.

Artikel Berkaitan: