Lelaki rentung dalam kebakaran satu blok rumah sewa

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran satu blok rumah sewa yang mempunyai lima pintu di Putatan tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang dikenali sebagai Mazlan Mad, 19, ditemui pada jam 9.30 pagi tadi di tempat kejadian selepas api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.10 pagi.

“PGO menerima panggilan melalui talian kecemasan MERS999 pada jam 12.31 tengah malam sebelum menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang dengan menaiki tiga jentera ke lokasi kejadian iaitu dalam jarak 10 kilometer,” menurut kenyataan itu.

BBP Kota Kinabalu turut digerakkan ke lokasi dengan sebuah jentera bersama enam anggota.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kebakaran itu turut memusnahkan dua buah kereta iaitu Honda Accord dan Perodua Aruz. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: