Kucup bibir suami: Ain Sufia sedia dikecam

Pelakon dan pelawak, Ain Sufia
A
A

AKSI pelakon, pengacara dan pelawak, Ain Sufia mengucup bibir suami Mohd Nor Ab Mutalib, pada pagi 1 Syawal telah mencuri perhatian umum.

Perkongsian di laman Instagramnya itu turut dibanjiri dengan komen kecaman pengguna IG sehingga hari ini. Malah ia juga tular di ruangan pencarian laman tersebut.

Begitupun, menurut Ain Sufia, 32, dia sudah bersedia untuk dikecam selepas berkongsi foto berkenaan.

“Gambar tu memang sengaja mengundang, sebab itulah saya letakkan tanda pagar # awal-awal sebelum orang komen mengundang.

“Lagi pun sebenarnya post itu saya nak pujuk suami disebabkan pagi raya selepas sembahyang Aidilfitri, mula-mula saya yang merajuk dengan dia sebab dia tak belikan bubur McDonald.

“Jadi, saya pun sengajalah lambat-lambat bersiap balik ke kampung dia. Nasiblah (ketawa). Begitulah kisahnya, jadi saya muat naik gambar macam itu kemudian dia senyap tak merajuk dengan saya lagi,” ujar Ain penyampai radio Suria itu kepada Sinar Harian.

Ain atau nama lengkapnya Nurul Ain Othman, 32, selamat diijabkabulkan dengan suami, 33, pada 1 Februari lalu di Nilai, Negeri Sembilan dan bakal menimang cahaya mata pertama pada September depan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia