Kanak-kanak 9 dan 14 tahun berkahwin?

Instagram @makassar_iinfo.
Instagram @makassar_iinfo.
A
A
A

VIRAL pernikahan antara seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun.

Berita tersebut menjadi perbincangan di media sosial selepas dikongsi oleh akauan Instagram (IG) @makassar_iinfo.

Pasangan pengantin itu dikenali sebagai Habibie dan Asma Wilgalbi.

Dalam perkongsian tersebut pernikahan kedua-duanya berlangsung pada 16 Disember lalu.

Laporan TribunNews.Com menyebut, akaun tersebut memuat naik pelbagai gambar perkahwinan pasangan itu yang lengkap berpakaian baju pengantin.

Media negara jiran itu juga itu mendakwa mereka telah jatuh cinta selepas bermain waterboom bersama di sebuat pusat reakreasi.

Berdasarkan ciapan akaun instagram @makassar_iinfo, kisah pasangan muda yang berkahwin awal itu diceritakan kepada penduduk daerah Makassar, bagaimanapun lokasinya tidak dinyatakan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Isterinya berumur 14 tahun dan suaminya berumur 9 tahun, dua insan ini disatukan dengan ikatan perkahwinan. Mereka kali pertama berjumpa ketika bermain air di waterboom," demikian menurut akaun berkenaan.

Dalam foto-foto yang beredar, kedua mempelai juga melakukan acara resepsi dan saling bersuap kek yang dipotong serta turut bergambar dengan para tetamu.

Bagaimanapun, ia berbeza dengan peraturan pemerintah yang menaikkan umur untuk bernikah.

Menerusi laporan Tribun-Video.com, Mahkamah Konstitusi (MK) menaikkan usia perkahwinan, dalam Undang-Undang (UU) Nombor 1 Tahun 1974 Tentang Perkahwinan.

Menurut Ketua MK, Anwar Usman pada sidang MK, Jakarta, Khamis lalu, MK hanya memberikan kelulusan sebahagian sahaja permohonan.

Sebelumnya, ketentuan usia perkahwin yang diatur dalam Pasal 7 Ayat (1) Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974 Tentang Perkahwinan ditentang oleh sejumlah Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) dan masyarakat sipil.

Mereka mengkritik batas minimum usia perkahwinan perempuan 16 tahun dan laki-laki 19 tahun.

MK menilai UU tersebut bertentangan dengan UUD 1945 dan UU Perlindungan Anak.

Dalam UU Perlindungan Kanak-Kanak menyebutkan bahawa kanak-kanak adalah mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Siapa pun yang masih berusia di bawah 18 tahun masih termasuk kategori kanak-kanak.

Namun, Mahkamah Perlembagaan menegaskan bahawa ia tidak boleh mengubah Undang-undang kerana institusi yang mempunyai kuasa adalah Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).