Tawaran Goldman Sachs amat kecil: Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tawaran RM1 bilion oleh Goldman Sachs sebagai pampasan atas tindakannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah amat kecil dan tidak mencukupi.

Bercakap semasa temu bual CNBC bersama Tanvir Gill hari ini, beliau berkata Kementerian Kewangan akan menentukan jumlah pampasan sewajarnya yang perlu dibayar oleh bank pelaburan itu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Goldman Sachs memperoleh fi berjumlah AS$600 juta (AS$1 = RM4.14) atas pengaturan bon berkaitan 1MDB.

Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan pertuduhan jenayah terhadap tiga anak syarikat Goldman Sachs Inc atas pengendalian bon bernilai AS$6.5 bilion yang diterbitkan 1MDB.

Ini merupakan pertama kali sebuah negara memfailkan pertuduhan jenayah terhadap firma utama perbankan pelaburan Amerika Syarikat itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: