Gempa bumi 7.3 magnitud di Laut Banda gegar utara Australia

Kawasan gempa menggegarkan beberapa kawasan di utara Australia.
Kawasan gempa menggegarkan beberapa kawasan di utara Australia.
A
A
A

AUSTRALIA - Gempa bumi besar dilaporkan telah melanda kawasan pantai utara Australia mencetuskan pemindahan di seluruh kawasan Darwin.

Menerusi laporan Daily Mail, gempa bumi 7.2 magnitud berlaku di kawasan pedalaman Indonesia di Laut Banda hari ini.

Menurut seorang penduduk di Darwin, gempa bumi itu dilaporkan berlaku lebih dari dua minit. "Rumah saya di Palmerston bergegar dan dinding belakang rumah retak," kata salah seorang penduduk di Twitternya.

Gegaran kuat itu membuatkan orang ramai yang berada di dalam premis bangunan panik. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Menurut Biro Meteorologi, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Kawasan gempa menggegarkan beberapa kawasan di utara Australia.
Kawasan gempa menggegarkan beberapa kawasan di utara Australia.

Artikel Berkaitan: