Menangi tiket wayang percuma Annabelle Comes Home

No Image Caption
A
A
A

ANNABELLE kembali! Kali ini dengan jalan cerita penuh kejutan dan bakal membuatkan penonton tidak senang duduk. Sekuel terbaharu, Annabelle Comes Home ini akan menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 27 Jun 2019.

Filem seram arahan Gary Dauberman ini mengisahkan tentang penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren yang telah meletakkan patung Annabelle di bilik artifak mereka dengan harapan ia akan mengekang kuasa jahat patung itu. Bagaimanapun, tanpa disedari Annabelle berjaya membangunkan kejahatan di dalam bilik itu dan mula menyasarkan anak perempuan Warren iaitu Judy. Judy bersama dengan sepupunya dan rakan sepupu itu perlu berdepan dengan patung jahat itu. Apakah yang berlaku seterusnya? Dapatkan jawapannya dengan menonton Annabelle Comes Home di pawagam berdekatan.

No Image Caption

Annabelle Comes Home

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Gary Dauberman

Pelakon: Mckenna Grace, Madison Iseman, Katie Sarife, Patrick Wilson, Vera Farmiga

Genre: Seram

Klasifikasi: P13

Tayangan: 27 Jun 2019

Edaran: Warner Bros Pictures PERADUAN Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Annabelle Comes Home - WayangHibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini. Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Annabelle Comes Home kerana:............................................................................................................................................................ Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 25 Jun 2019). INFO TAYANGAN WAYANG HIBSINAR – ANANBELLE COMES HOME

Tarikh: 26 Jun 2019 (Rabu)

Masa: 8.15 Malam

Lokasi: MBO Atria Shopping Gallery (Terima kasih: Warner Bros Malaysia)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).

Artikel Berkaitan: