Liga Arab janji salur RM413 juta sebulan bantu Palestin

Rakyat Palestin berdepan penindasan tentera Israel hampir setiap hari di bumi sendiri.
Rakyat Palestin berdepan penindasan tentera Israel hampir setiap hari di bumi sendiri.
A
A
A

KAHERAH - Liga Arab semalam mengulangi ikrarnya untuk menyalurkan dana AS$100 juta (RM413 juta) sebulan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), sehari selepas Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pelan damai di Asia Barat.

Menteri-menteri kewangan negara Arab mengadakan pertemuan di Kaherah, Mesir untuk mengulangi janji yang dibuat pada April untuk membantu kerajaan Palestin yang berdepan masalah kewangan.

Mereka turut menegaskan bantuan itu merupakan sokongan penuh bagi membantu ekonomi, politik dan kewangan Palestin.

Kelmarin, AS berkata pelan damai Asia Barat akan dibentangkan minggu ini di Bahrain untuk meningkatkan lebih AS$50 bilion (RM206 bilion) kepada Palestin dan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dalam tempoh 10 tahun.

Pelan yang dikenali sebagai “Keamanan kepada Kemewahan” itu diketuai oleh menantu lelaki Presiden AS Donald Trump, Jared Kushner yang juga merupakan penasihat kepadanya.

Palestin memulaukan persidangan dua hari di Bahrain itu dan mendakwa Trump cuba ‘membeli’ rakyat Palestin dan menghalang mereka daripada menubuhkan negara bebas. – AFP

Artikel Berkaitan: