Isu Moorthy: Srikandi Bersatu yakin kemampuan PM buat keputusan

Rina Harun
Rina Harun
A
A
A

PETALING JAYA - Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sama ada untuk mengekalkan atau mengeluarkan Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy daripada barisan Kabinet.

Katanya, beliau yakin dengan kemampuan Dr Mahathir dalam membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Saya serahkan kepada PM," katanya ringkas dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab desakan demi desakan yang meminta Moorthy melepaskan jawatan susulan insiden yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Terbaharu Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin turut menyarankan agar Moorthy berundur sebagai menteri.

Kata A Kadir, Moorthy sudah hilang kelayakan menjaga perpaduan nasional dan sudah menjadi ‘liabiliti’ kepada Perdana Menteri, dan dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela.

Mengulas lanjut, Rina turut mencadangkan agar Moorthy melakukan sesuatu jika desakan ini berlanjutan.

"Kalau bagi saya dia mungkin perlu mengambil iktibar dan pandangan rakyat mungkin dengan mohon maaf boleh kurangkan keresahan rakyat," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: