X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

'Jangan benci kepada Pas'

A
A

SHAH ALAM - Jangan benci kepada Pas, nanti sakit jiwa.

Itu reaksi Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad ketika mengulas tentang pihak-pihak tertentu yang tidak senang hati apabila parti Islam itu tidak tersenarai dalam 41 penerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diumumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu.

Iskandar berkata, beliau melihat golongan tersebut terlampau benci kepada Pas sehingga menjadi marah kerana perkara itu.

Beliau yang kini merupakan Bendahari Pas Pusat berkata, mungkin kebanyakan dari mereka terlalu percaya dengan fitnah kononnya Pas menerima dana 1MDB.

"Jadi apabila nama Pas tidak dikaitkan, maka mereka terkejut dan marah...Siap buat spekulasi terdapat senarai kedua penerima yang akan dikeluarkan SPRM nanti.

"Saya hairan kenapa mereka tidak boleh terima kenyataan....Perasaan benci yang teramat sangat kepada Pas seolah-olah seperti satu penyakit jiwa dan mereka wajar dapatkan rawatan dari pakar yang berkaitan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu, golongan tersebut sepatutnya meneruskan kehidupan atau 'move on' tanpa memikirkan apa yang akan terjadi kepada Pas.

Terdahulu, Iskandar memuat naik status di Facebook kelmarin mengatakan 'Ada yg macam dah separuh gila bila dpt tahu Pas takde dlm senarai 41 penerima. Utk sedapkan hati, ada yg buat spekulasi ada senarai SPRM 2.0. Tak mengapa asalkan mereka kembali tenang dan tidak mencederakan org2 di sekeliling mereka'.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1MDB.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!