Petua elak digigit nyamuk

Cucuk bunga cengkih pada limau.
A
A

DIGIGIT nyamuk amat menyakitkan. Ia boleh meninggalkan parut dan dan kesan yang tidak baik buat kulit anda.

Jangan risau ada caranya bagi menghalang anda digigit nyamuk. Hanya gunakan limau nipis dan bunga cengkih. Mudah bukan?

Buat pengetahuan anda, nyamuk cukup tidak suka dengan bau cengkih. Bagaimanakah caranya?

Potong dua limau nipis, kemudian letakkan dalam piring atau pinggan dan cucuk bunga cengkih pada limau nipis tadi

Letakkan berdekatan dengan anda supaya nyamuk tidak menghampiri. Lakukan selalu, nanti anda dapat kesannya.