Aliff beritahu dianiaya: Bella Astillah

Bella Astillah dan Aliff Aziz
A
A

BEBERAPA keping gambar yang menunjukkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sudah bertatu, termasuk dengan nama Bella di dadanya hangat diperkatakan sejak semalam.

Malah isu berkenaan turut sampai ke pengetahuan bekas isterinya, Bella Astillah yang mengakui menerima banyak panggilan telefon, mesej dan sebagainya melalui telefon dan media sosial.

Tidak melatah dengan isu berkenaan, Bella memberitahu sudah menghubungi Aliff untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya sangat-sangat sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apa pun, dia masih ayah kepada anak saya.

"Sebelum saya berangkat ke Melbourne, saya ada membawa Ayden berjumpa Aliff di Singapura dan luang masa bersama.

"Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga.

"Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi dan dia beritahu dianiaya oleh orang yang baru sahaja dia kenal, yang terhadap dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam," tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Bella, biarpun sudah bercerai sejak lebih sebulan lalu, namun dia sudah memaafkan Aliff.

Malah Bella turut meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada Aliff dan mendoakan yang terbaik untuk lelaki itu.

"Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul-betul tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna? Adakah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup kita?

"Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime.

"Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia.

"Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya.

"Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah.

"Kita doa yang baik-baik dan comment yang baikbaik. Mana tahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong Aliff Aziz," ujarnya.

Posting Bella itu turut mendapat perhatian Aliff yang turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya itu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia