25 kes gagal letak tanda gagal

Mazlan (dua dari kiri) ketika meraikan Md Nordin (empat dari kanan) serta ketua pelbagai jabatan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri KPDNHEP Sungai Petani hari ini.
Mazlan (dua dari kiri) ketika meraikan Md Nordin (empat dari kanan) serta ketua pelbagai jabatan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri KPDNHEP Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sungai Petani mengenal pasti 25 kes sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sungai Petani, Mazlan Safar berkata, keseluruhan kes membabitkan kompaun bernilai RM4,600.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 1,454 premis telah diperiksa membabitkan 1,307 kes di bandar manakala 147 kes bagi kawasan luar bandar.

"Tempoh pelaksanaan dijalankan selama 30 hari bermula 21 Mei hingga 19 Jun lalu dengan menetapkan harga maksimum terhadap 27 barangan dikawal," katanya ketika ditemui sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri KPDNHEP Sungai Petani hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Muda, Md Nordin Yahya serta ketua pelbagai jabatan.

Mazlan berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak enam kes dilaporkan bagi kegagalan meletakkan tanda harga merah jambu manakala 19 kes lagi membabitkan kegagalan meletakkan tanda harga.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati sebanyak 19 kes membabitkan alat timbang gagal ditentu sah mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga patuh kepada undang-undang ditetapkan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Artikel Berkaitan: