Neelofa tercalon dalam Influencer Awards 2019 Monaco

Neelofa
Neelofa
A
A
A
PENGACARA dan pelakon berbakat besar, Neelofa telah dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Disember, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.

“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.

“Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.

Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Artikel Berkaitan: