PDRM komited bangunkan sukan ikut kemampuan

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar (kiri) menyerahkan piala juara acara dart kepada wakil dari Kontinjen Johor pada Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw, Karom, Dart dan Catur di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pulapol, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar (kiri) menyerahkan piala juara acara dart kepada wakil dari Kontinjen Johor pada Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw, Karom, Dart dan Catur di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pulapol, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memperkasakan pembangunan sukan mengikut kemampuan perbelanjaan yang diperuntukkan kepada pasukan itu pada masa akan datang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata langkah kreatif pasukan dalam usaha menjimatkan kos dapat dilihat menerusi penganjuran Kejohanan Piala Ketua Polis Negara tahun ini yang menggabungkan tiga jenis sukan dalam dewan iaitu dart, catur dan karom.

“Inisiatif ini dilihat berupaya menambahkan lagi kemeriahan dan meningkatkan prestij kejohanan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw, Karom, Dart dan Catur Piala Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Abdul Hamid berkata acara kejohanan sukan yang merupakan inisiatif dibangunkan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (MSPDRM) bertujuan mendekatkan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan.

Menurutnya, kejohanan tersebut merupakan platform untuk mencungkil bakat atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Ini sebagai platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan, mengeratkan lagi ukhwah yang merupakan strategi terbaik yang perlu diaplikasikan dalam menyempurnakan tugas harian ke arah membentuk warga kerja cemerlang,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: