Suspek bunuh, sumbat teman wanita dalam kotak didakwa

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pembuat gigi palsu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, awal bulan ini.

Lim Siong Kim, 35, mengangguk faham pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Siong Kim didakwa membunuh Teo Kang Ling, 35, di Jalan Setia 3/5, Taman Setia Indah kira-kira jam 8 pagi pada 3 Jun lalu.

Siong Kim didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Adilah Nur Yahya, manakala tertuduh diwakili peguam G Ravi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan penemuan kotak berisi mayat seorang wanita di tepi jalan di kawasan perindustrian Taman Setia Indah yang merungkai misteri kehilangan wanita terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Sumbat mayat teman wanita dalam kotak

'Harap itu bukan mayat kakak saya'

Suspek bunuh, sumbat mayat wanita dalam kotak kayu akan didakwa