CCTV bantu wujud persekitaran bandar selamat

Johny Ch'ng (kanan) menyaksikan penyerahan Sijil Program International Police Exchange disampaikan Dr Matthew kepada Fairruz.
Johny Ch'ng (kanan) menyaksikan penyerahan Sijil Program International Police Exchange disampaikan Dr Matthew kepada Fairruz.
A
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencontohi negara maju dalam melaksanakan program bandar selamat termasuk memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik.

Pemasangan CCTV dilihat sebagai salah langkah yang berkesan untuk pihak berkenaan memantau keadaan semasa dalam kawasan bandar bagi memastikan aspek keselamatan lebih terjamin.

Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Johny Ch'ng Ewe Gee berkata, praktik itu sudah lama dilaksanakan di negara maju termasuk di Asia seperti di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan sebagainya.

Menurutnya, sudah tiba masanya pihak kerajaan tempatan mengambil langkah sama bagi memastikan usaha mewujudkan bandar selamat lebih berkesan.

"Pada masa sama, peranan memastikan bandar selamat perlu dipikul semua pihak bukan sahaja pihak berkuasa tetapi rakyat secara umumnya.

"Sebagai Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat MCPF yang dilantik awal Jun lalu, aspek ini menjadi salah satu agenda dalam perancangan kami untuk program bandar selamat dan ia sudah pasti memerlukan kerjasama semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Harley Davidson Pahang di sini semalam.

Turut hadir Pegawai Perhubungan Persatuan Polis Antarabangsa Singapura, Dr Matthew Yap, Kapten Harley Davidson Pahang, Datuk Fairruz Hussan Shaib dan wakil penganjur Kho Khee Hing.

Artikel Berkaitan:

Johny Ch'ng yang juga mantan Pengerusi MCPF Pahang berkata, beliau juga melihat badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-kelab permotoran mampu digerakkan sebagai rakan strategik dalam menjayakan kempen bandar selamat.

"Kelab permotoran misalnya Harley Davidson Pahang ini mempunyai pengaruhnya dalam kalangan peminat aktiviti permotoran justeru idea dan pamdangan mereka boleh menjadi imput untuk merangka dan melaksanakan program terutama kempen kesedaran dengan lebih berlesan.

"Pada masa sama, kita juga boleh berkongsi pengalaman atau belajar dengan badan-badan dari luar negara bagaimana mereka memainkan peranan bagi menjayakan inisiatif ini," katanya.