Pas sokong PM demi kestabilan negara

Khairil Nizan
Khairil Nizan
A
A
A

KUANTAN - Walaupun bergelar pembangkang, Pas sentiasa memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas dasar kestabilan politik.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, politik yang dibawa Pas adalah politik damai.

Menurutnya, walaupun berada di kerusi pembangkang Pas tetap berjuang demi kestabilan negara dan kepentingan rakyat terjamin.

"Kita amalkan Ta'awun Siyasi (kerjasama politik) dengan rakan UMNO.

"Kemudian sebar luas dengan MCA dan MIC.

"Kita laksanakan sokongan terhadap PM atas dasar kestabilan politik,"katanya.

Beliau berkata, Pas digelar pembangkang Konstruktif dan "loyal" kerana tetap berjuang menyokong pentadbiran negara.

"Salah satu visi dan misi kita mahu satukan rakyat dengan formula Islam.

Artikel Berkaitan:

"Kepimpinan Pas di semua peringkat disarankan tidak perlu malu memaafkan sekutu politik sebelum ini," katanya.