PRU15: Formula UMNO-Pas boleh menang

Ahmad (empat dari kiri) bersama Noh merakam kenangan bersama sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang.
Ahmad (empat dari kiri) bersama Noh merakam kenangan bersama sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang.
A
A
A

TANJONG KARANG - Tampuk kerajaan mampu ditawan semula jika formula penyatuan UMNO - Pas mampu diperkukuhkan sehingga kiamat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penyatuan UMNO-Pas ini ternyata memberi satu kelebihan buat parti pembangkang menjelang pilihan umum akan datang.

Menurutnya, jika merujuk rekod jumlah undian UMNO-Pas dalam pilihanraya terdahulu, ternyata sokongan pengundi cukup kuat dan pasti boleh menang.

"Jika kira majoriti, calon yang dipertandingkan atas tiket BN dan Pas boleh menang...banyak undian sekali gus mampu kalahkan pihak lawan.

"Jika kita kekalkan permuafakatan ini, saya percaya calon UMNO-Pas boleh menang pada pilihan raya akan datang dan janganlah berpecah lagi," katanya.

Beliau berkata demikian sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Hadir sama, Timbalan UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abd Razak dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Yusof.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sahrizal Shari dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Salbiah Saari.

Artikel Berkaitan:

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyarankan semua ahli supaya dapat mengukuhkan hubungan bersama ahli Pas dan komponen BN.

"Semua pimpinan UMNO di peringkat cawangan juga perlu merancakkan pendaftaran keahlian memandangkan anak muda Melayu masih ramai lagi tidak berdaftar sebagai pemilih.

"Kita kena kerja kuat dan pandai berdikari...contohi gerak kerja Pas yang banyak berpengalaman sebagai parti pembangkang.

"Kita kena ikut formula ini jika nak tawan semula kerajaan sebab PH cukup takut dengan gabungan ini kerana kita sudah buktikan dalam PRK sebelum ini," katanya.