Pusat 3S Hino baharu di Ipoh

Dari kiri: Pengarah Strategi Perniagaan HMSM, Toshihiko Takeda; Pengarah Eksekutif HMSM, Datuk Johnny Chan; Ken Iwamoto; Makoto Ogawa dan Pengurus Besar DMSB, Arman Mahadi bergambar pada majlis perasmian Pusat 3S Hino Ipoh.
Dari kiri: Pengarah Strategi Perniagaan HMSM, Toshihiko Takeda; Pengarah Eksekutif HMSM, Datuk Johnny Chan; Ken Iwamoto; Makoto Ogawa dan Pengurus Besar DMSB, Arman Mahadi bergambar pada majlis perasmian Pusat 3S Hino Ipoh.
A
A
A

IPOH - Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) mengumumkan penempatan semula serta penambahan keluasan pejabat Pusat Jualan, Perkhidmatan Servis dan Alat Ganti (3S) Hino Cawangan Ipoh.

Menjadi salah sebuah pengedar sah bagi Hino Motor Sale (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM), DMSB telah bekerjasama dengan HMSM menambah cawangan mereka kepada lapan cawangan dan enam pusat servis sah seluruh negara selain menjadi pengedar untuk khidmat jualan dan servis trak serta bas Hino sejak 2010.

Pengarah Eksekutif DMSB, Makoto Ogawa berkata, bilik pameran baharu berkenaan bukan sahaja membantu tambah baik jumlah jualan tetapi juga meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan.

"DMSB bersama rakan kongsi kami Hino Malaysia melalui perjalanan yang panjang dalam menubuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat ini.

"Salah satu pertimbangan kami melalui cawangan Pusat 3S baru ini adalah untuk menyatukan khidmat jualan dan selepas jualan di bawah satu bumbung bagi mewujudkan Pusat 3S yang komprehensif," katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat 3S Hino, Cawangan Ipoh, di Jalan Kuala Kangsar di sini.

Menurut Makota, pejabat khidmat jualan dan selepas jualan Hino sebelum ini terletak di dua lokasi berasingan dan kini dinaik taraf cawangan baharu dengan jabatan lengkap termasuk jualan, servis dan alat ganti.

"Infrasturktur baru ini akan memberikan persekitaran bersesuaian kepada pelanggan yang bukan sahaja berfungsi sebagai pejabat malah pusat sehenti dengan kawasan seluas 84,942 kaki persegi beserta pusat servis dilengkapi dengan 11 ruangan dan tiga lapis kawasan servis.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga berbangga untuk berkongsi bahawa pengambilan servis bulanan kami meningkat dua kali ganda serta terdapat peningkatan dalam pendapatan selepas melaksanakan praktis KAIZEN sejak Ogos 2018 di Ipoh," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan HMSM, Ken Iwamoto berkata, inovasi dalam strategi perniagaan bukan sahaja mengenai infrastruktur fizikal dan apa yang penting adalah ketabahan sebuah organisasi serta sokongan diberikan kepada pelanggan dikasihi.

"Tempat kerja baru bermaksud persekitaran baru yang akan membawa semangat baru kepada semua kakitangan. Sebahagian daripada itu, saya percaya pejabat baru ini bernilai untuk menghargai perkongsian ini.

"Kami di Hino sentiasa bermatlamat untuk menyampai dan menyumbangkan yang terbaik kepada pelanggan selain membangunkan produk logam berkualiti tinggi serta prihatin dengan nilai selepas jualan,” katanya.