Kedah harap lebih cemerlang di Jengka

Fernando (kiri) bantu Kedah bawa bekalan satu gol ke Jengka pada aksi timbal balik 30 Jun ini. - FOTO FB KFA
Fernando (kiri) bantu Kedah bawa bekalan satu gol ke Jengka pada aksi timbal balik 30 Jun ini. - FOTO FB KFA
A
A
A

LANG Merah berharap penampilan mereka pada Separuh Akhir Kedua Piala FA 2019 lebih baik apabila hanya mampu membawa bekalan satu gol ke Jengka selepas mengatasi Felda United 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, semalam.

Ketua Jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkata, bagaimanapun pujian masih perlu diberikan kepada seluruh pemainnya kerana menunjukkan kesungguhan dalam mengempur kubu lawan sepanjang perlawanan berlangsung.

"Bukan mudah beraksi di peringkat separuh akhir seperti perlawanan ini apabila lawan bertahan dan berkumpul lebih ramai di bahagian pertahanan dan juga bahagian tengah mereka.

"Pemain-pemain Kedah berusaha untuk membawa masuk bola ke dalam kotak penalti lawan dan jika kita mampu memanfaatkan beberapa peluang terbaik saya fikir tiga atau empat gol akan berhasil,"katanya kepada sidang akhbar di Stadium Darul Aman.

Aidil Sharin mengakui kepadatan jadual perlawanan menyaksikan beliau perlu berhati-hati dan mengilirkan pemainnya dari satu aksi kepada aksi seterusnya bagi memastikan anak-anak buahnya sentiasa mendapatkan rehat secukupnya.

Menurutnya, beliau tetap gembira dengan kemenangan tersebut walaupun menang tipis dan menggesa semua pemainnya agar terus positif apabila berkunjung ke lawan, Stadium Tun Abdul Razak bagi aksi timbal balik pada 30 Jun ini.

"Beberapa tonggak juga seperti Farhan Roslan dan Azamuddin Akil juga mengalami kecederaan hamstring dan keadaan mereka masih perlu dipantau sama ada mampu diturunkan pada perlawanan seterusnya ataupun tidak,"katanya.

Pada perlawanan tersebut, jaringan penalti Fernando Ortega memecahkan kebuntuan Lang Merah pada minit ke-69 apabila banyak percubaan tepat berjaya dinafikan oleh penjaga gol lawan, Norazlan Razali beraksi cemerlang malam semalam.

Artikel Berkaitan: