Datang seawal 7 pagi untuk jumpa UAI

Orang ramai sedang mendengar kuliah disampaikan UAI.
Orang ramai sedang mendengar kuliah disampaikan UAI.
A
A
A

KUALA KETIL - Orang ramai mula memenuhi dataran Maahal Al Iman Lil Ulumil Quran Kampung Pantai Cicar seawal jam 7 pagi bagi mendengar kuliah agama disampaikan Ustaz Azhar Idrus (UAI), semalam.

Guru Maahad Al Iman Lil Quran, Aswad Mohd Nason berkata, masyarakat hadir lebih awal walaupun kuliah dijadualkan jam 9 pagi.

Menurutnya, seramai 1,000 termasuk pelajar maahad mengikutI kuliah disampaikan UAI.

"Kebanyakan datang lebih awal kerana mahu mengelakkan kesesakan parkir. Ada yang datang dari luar Kuala Ketil seperti Kupang dan Baling.

"Terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia yang mengawal lalu lintas dan parkir dengan sempurna," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kuliah berkenaan berakhir sekitar jam 11.15 pagi dengan banyak persoalan agama daripada hadirin dijawab oleh UAI.

"Malah UAI secara santai turut menjawab soalan hadirin berkaitan motosikal," katanya.

Tambahnya, pelbagai peringkat usia hadir bagi mendengar majlis ilmu disampaikan penceramah terkenal itu.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah kedatangan kedua UAI di Kuala Ketil dan pertama di maahad. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang berswafoto dengan UAI selepas selesai kuliah," katanya.