Beruang tertidur dalam almari pakaian

Beruang tersebut memanjat ke atas almari pakaian untuk tidur.
Beruang tersebut memanjat ke atas almari pakaian untuk tidur.
A
A
A

HELENA - Seekor beruang hitam ditemukan sedang tidur di dalam almari pakaian di sebuah kediaman di Montana, Amerika Syarikat.

Mamalia itu turut mengunci pintu selepas menceroboh masuk rumah di Butler Creek tersebut.

Polis bergegas ke kediaman itu selepas menerima aduan daripada pemiliknya.

Ia berjaya ditenangkan sebelum dibawa keluar dari kediaman terbabit.

"Beruang tersebut masuk ke bilik dobi.

Ia turut mengamuk dan merosakkan bilik itu sebelum memanjat ke atas almari pakaian untuk tidur kerana keletihan," kata jurucakap polis.

Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya sentiasa mengunci rumah masing-masing berikutan kejadian sama turut dilaporkan di dua kediaman lain. - Agensi

Artikel Berkaitan: