Fouziah kembali berlakon, peminat teruja

Fouziah Gous
A
A

PELAKON tinggi lampai, Datin Fouziah Gous mendedahkan bahawa dia kembali berlakon setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini, pada awalnya agak sukar untuk dia menerima tawaran berkenaan, namun bersetuju dan menganggap ia sebagai hadiah buat peminat.

"Setelah sekian lama, saya kembali ke skrin (berlakon drama), tapi bukanlah karakter utama ya, susah nanti nak jaga anak-anak dan perniagaan.

"Susah juga nak terima mula-mula, tapi ini adalah sedikit hadiah untuk orang yang selalu sangat tanya soalan cepumas bila nak berlakon, rindu nak you berlakon dan sewaktu dengannya.

"Pelakon hebat-hebat, cerita best jadi saya setuju," tulisnya.

Menerusi beberapa perkongsian yang di buat Fouziah, dia membintangi drama Sara Sajeeda terbitan Zeel Production Sdn Bhd yang turut menampilkan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Rita Rudaini, Tasha Shilla dan ramai lagi.

Rata-rata peminat menyambut baik berita gembira itu dan mengakui tidak sabar untuk melihat lakonan Fouziah semula.

Pada Ramadan lalu, Fouziah muncul dalam sitkom Sepahtu dan mendapat pelbagai komen positif daripada peminat selepas sekian lama tidak muncul dalam dunia lakonan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia