Pejabat ADUN Lanchang dijual

Najib merasmikan pejabat UMNO DUN Lanchang sambil diperhatikan Mohd Sharkar (kanan) hari ini.
Najib merasmikan pejabat UMNO DUN Lanchang sambil diperhatikan Mohd Sharkar (kanan) hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Bangunan pejabat DUN Lanchang di sini dijual bagi membiayai perbelanjaan pengurusan parti tersebut di DUN terbabit.

ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, bangunan yang dibeli sejak 1999 itu terpaksa dijual bagi membiayai pengurusan parti dalam meneruskan usaha membantu rakyat.

Menurutnya, bahagian itu telah menjual bangunan itu di sini, baru-baru ini.

"Jadi kini kita menyewa bangunan dalam usaha memastikan kita mempunyai kewangan untuk terus membiayai pengurusan parti.

"Masyarakat setempat boleh datang ke sini sekiranya mempunyai masalah dan kita akan cuba sedaya upaya membantu," katanya pada majlis perasmian Pejabat DUN Lanchang di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hadir sama, ADUN Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.

Artikel Berkaitan: