Elak perpecahan dalaman UMNO

Rizam (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam di Dewan UMNO Bahagian Sabak Bernam hari ini.
Rizam (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam di Dewan UMNO Bahagian Sabak Bernam hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pemuda UMNO diingatkan bersatu-padu dan mengelakkan sebarang perpecahan dalaman bagi mengembalikan semula kuasa pemerintahan di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail berkata, peranan pemuda penting dalam mendepani cabaran masa depan.

"Kalau dahulu datuk dan nenek kita menentang penjajah menuntut kemerdekaan tetapi hari ini peranan kita diuji kerana berjuang menentang bangsa sendiri yang sudah berpecah-belah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam di Dewan UMNO Bahagian Sabak Bernam di sini hari ini.

Rizam yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam berkata, cabaran pemuda amat besar bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO.

"Peranan ini cukup berat untuk dipikul kerana bagaimana kita pada hari ini hendak menarik golongan profesional, pemuda dan puteri serta orang luar menyokong parti ini," katanya.

Justeru tegas beliau, perpaduan dalam kalangan ahli UMNO perlu dipelihara dan mengelakkan sebarang persengketaan.

"Kita tak boleh tikam-menikam dan bergaduh kerana di dalam Pakatan Harapan (PH) juga berlaku kepincangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, UMNO perlu kembali menerajui kepimpinan bagi memastikan segala aset negara diurus dengan baik seperti pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang tidak pernah mengalami kerugian.

"Di bawah BN, Khazanah pernah untung sehingga 6 bilion namun pemerintahan PH menyaksikan kegagalan mereka membangunkan ekonomi negara menimbulkan pelbagai masalah," katanya.