Mesyuarat exco KAFA tetapkan EGM 6 Julai

Datuk Seri Affandi Hamzah
Datuk Seri Affandi Hamzah
A
A
A

KOTA BHARU – Mesyuarat Exco Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini memutuskan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) akan diadakan pada 6 Julai ini di Wisma KAFA.

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah berkata, exco KAFA hari ini berlapang dada dan menghormati kehendak Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) dengan menetapkan EGM perlu disegerakan dalam masa 14 hari.

Beliau berkata, notis mengenai EGM itu akan dikeluarkan sekretariat esok kepada PBJ dan tarikh tutup pencalonan adalah pada Ahad 30 Jun ini sebelum jam 12 tengah hari.

“Hari ini exco sendiri cadangkan EGM tersebut dan kami berlapang dada serta menghormati kehendak PBJ. Ia melibatkan pencalonan semua jawatankuasa dengan sekurang-kurangnya satu pencalonan daripada PBJ bagi jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 10 ahli jawatankuasa tidak termasuk jawatan yang dilantik.

“Kalau ikut usul ia akan jadi lambat sedangkan kita perlu perubahan dan exco secara konsensus merasakan kita kena cari agar jalan proses pemilihan itu dipercepatkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas mesyuarat exco KAFA hari ini.

Mesyuarat itu dibuat selepas Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilais Khan mengumumkan perletakan jawatannya di laman sosial rasminya pada 18 Jun lalu.

Usahawan batik itu mengambil alih KAFA sejak 18 September 2017 namun dikatakan gagal membawa TRW ke landasan lebih baik.

Mengulas lanjut Affandi berkata, pada tarikh tarikh tutup pencalonan pihaknya akan menghubungi calon dan menghantar senarai rasmi pencalonan kepada PBJ.

Artikel Berkaitan:

Calon mempunyai masa dari 30 Jun sehingga tarikh kongres untuk menentukan pendirian mereka sama ada bersetuju atau tidak terhadap pencalonan berkenaan.