'Jangan benci Cina, tapi benci bangsa DAP'

Kong Tuck Wah. FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Kong Tuck Wah. FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - Ahli Pas digesa supaya tidak membenci orang Cina dalam DAP, sebaliknya yang harus dibenci ialah bangsa DAP.

Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) Pas, Kong Tuck Wah berkata, masih ramai orang Cina dan India yang tidak menyokong DAP.

"Jangan marah Cina DAP. (Kalau) nak marah, marah bangsa DAP. Banyak orang Cina dan India tak sokong DAP," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan Pas ke-65, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau secara terbuka menyatakan sayap itu menyokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

"Isu agama dan pendidikan amat sensitif. Ia tak perlu diguna sebagai senjata politik dan dijadikan ugutan, sepatutnya ia dihormati," katanya.

Tuck Wah dalam ucapannya juga berharap kepimpinan Pas dapat mengiktiraf DHPP sebagai ahli penuh yang membolehkan mereka mengundi dalam pemilihan.

"DHPP mainkan peranan penting dalam parti dan kita minta jadi ahli penuh. DHPP pun boleh undi dalam segala pergerakan parti," katanya.

Artikel Berkaitan: