Polis marin tumpaskan kegiatan seludup rokok

Pelbagai jenis rokok seludup dianggar bernilai RM275,666.40 dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam serbuan di Puchong dan Seri Kembangan, Selangor, semalam.
Pelbagai jenis rokok seludup dianggar bernilai RM275,666.40 dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam serbuan di Puchong dan Seri Kembangan, Selangor, semalam.
A
A
A

PUCHONG - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok yang dianggarkan bernilai RM275,666.40 dalam serbuan di Taman Sierra 2, di sini, serta Seri Kembangan, Selangor.

Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kegiatan itu berjaya dikesan menerusi operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Katanya, sepasukan anggotanya telah mengesan sebuah Toyota Hilux sebelum mengekorinya dari Banting hingga Taman Sierra 2, Puchong.

"Pasukan serbuan berjaya menahan Toyota Hilux terbabit dan pemeriksaan menjumpai sejumlah rokok tidak bercukai di bahagian belakang kenderaan. Pemandu kenderaan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun kemudian ditahan.

"Soal siasat kemudian membawa serbuan di sebuah rumah di kawasan tersebut yang dijadikan sebagai stor simpanan dan pemeriksaan telah menemui pelbagai jenis rokok di ruangan tamu rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelbagai jenis rokok seludup dianggar bernilai RM275,666.40 dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam serbuan di Puchong dan Seri Kembangan, Selangor, semalam.
Pelbagai jenis rokok seludup dianggar bernilai RM275,666.40 dirampas PPM Pelabuhan Klang dalam serbuan di Puchong dan Seri Kembangan, Selangor, semalam.

Rosman berkata, siasatan lanjut kemudian sekali lagi membawa rampasan pelbagai jenis rokok di dalam sebuah kereta jenis Nissan Sylphy di sebuah bangunan di Seri Kembangan.

Katanya, sebanyak 2,190 karton rokok pelbagai jenis dianggar bernilai RM275,666.40 telah dirampas.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pihaknya turut menyita dua kenderaan jenis Toyota Hilux serta Nissan Sylphy dan dibawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan terus mempertingkatkan lagi pengumpulan maklumat dan operasi daripada semasa ke semasa bagi menangani kegiatan penyeludupan di perairan negara.

Masyarakat diminta untuk menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat dengan pelakuan yang melanggar undang-undang.