Pelakon utama The Flash kahwini gadis Kadazan

- Foto Instagram Grant Gustin
- Foto Instagram Grant Gustin
A
A
A

PELAKON utama siri adiwira, The Flash, Grant Gustin dilaporkan telah mengahwini tunangnya, seorang gadis berketurunan Kadazan dari Sabah, Andrea La Thoma dalam satu majlis rahsia pada hujung minggu lalu.

Menurut E! News, pasangan tersebut mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 15 Disember lalu di Valentine DTLA, Los Angeles genap setahun selepas mereka dikatakan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Sabah.

Meskipun kedua-dua mempelai masih belum membuat pengumuman rasmi, pengurus Grant, Robert Stein mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlangsung dan berkongsi sekeping gambar beliau bersama pasangan berkenaan di laman Instagram (IG).

“Sebak apabila menyaksikan penyatuan Grant dan LA yang dikelilingi oleh keluarga dan sahabat rapat.

“Saya mendoakan kebahagian mereka sepanjang hayat,” katanya.

Tahun lepas, Grant dan La, seorang juruterapi fizikal dikatakan telah berkahwin secara rahsia di Sabah sedangkan pasangan tersebut hanya mengunjungi keluarga La di negeri berkenaan dan turut diraikan dalam satu majlis tradisi suku kaum Kadazan.

Artikel Berkaitan: