Video bapa dodoi Ainul buat ramai bergenang air mata

Paparan skrin video dimuat naik Safiuddin mendodoi buah hati sulungnya itu. - FOTO FACEBOOK AHMAD SAFIUDDIN AHMAD RAZAK
Paparan skrin video dimuat naik Safiuddin mendodoi buah hati sulungnya itu. - FOTO FACEBOOK AHMAD SAFIUDDIN AHMAD RAZAK
A
A
A

KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin melawan ketumbuhan yang dihidapinya sememangnya menyentuh hati rakyat Malaysia yang mengikuti kisahnya sejak awal lagi.

Dari hari pertama kisahnya viral sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya, warganet juga tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan bayi kecil itu.

Selesai pembedahan di London, kedua-dua ibu bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaini, dilihat begitu teruja berkongsi perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah di sana.

Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.

Tanpa sebarang kapsyen, Ahmad Safiuddin hanya meletakkan emoji senyum pada video dia mendodoi buah hati sulungnya itu. Kelihatan dia juga masih berhati-hati supaya tidak mendatangkan sebarang mudarat terhadap Ainul Mardhiah.

Perkongsian ini telah menarik minat warganet untuk meninggalkan komen di ruangan Facebook Safiuddin. Rata-rata mereka berasa senang hati melihat perkembangan positif Ainul Mardhiah.

"Ingatkan kakak sahaja selalu bergenang air mata tengok Ainul. Suami kakak pun sama rupanya. Dah jadi 'parents', memang sensitif bila tengok anak-anak tak sihat," tulis Diyana Jamal.

"Rindu tiap hari nak tengok anakanda Ainul Mardhiah," tulis Niki Firdaus Solahuddin.

Artikel Berkaitan:

"MasyaALLAH... Sayunya tengok. Sudah lama Walid nak peluk Ainul begitu... Kasih seorang Walid," tulis Zamani Thamby.

"Alhamdulillah, tiap-tiap hari tunggu perkembangan tentang Ainul, tiap-tiap kali tengok video Ainul, rasa sebak, sejak jadi mak-mak ini, hati tisu sungguh terutama membabitkan anak. Semoga cepat sembuh Ainul Mardhiah, terus kuat ya untuk ummi dan walid kamu. Kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan buat kamu sayang Ainul Mardhiah," tulis Roses White.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ainul anak mama paling kuat'

Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari, luah ibu