Boleh guna dewan...

Ahmad Faizal menandatangai plak sebagai gimik perasmian dewan berkenaan.
Ahmad Faizal menandatangai plak sebagai gimik perasmian dewan berkenaan.
A
A
A

BOTA - "Boleh guna, tetapi program politik tidak dibenarkan,"

Itu reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung pengunaan fasiliti kerajaan seperti dewan oleh orang ramai.

Ahmad Faizal berkata, perkara berkenaan selaras dengan dasar kerajaan negeri hari ini yang membenarkan orang ramai menggunakan fasiliti kerajaan untuk pelbagai kegunaan.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan apa juga program yang berbaur politik dianjurkan di dewan-dewan berkenaan.

"Kerajaan negeri masih tetap dengan dasar bahawa fasiliti kerajaan boleh digunakan oleh orang ramai.

"Tetapi apa juga program politik tidak akan dibenarkan," katanya di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media sempena majlis perasmian Dewan Serbaguna dan Majlis Kenduri Rakyat di SMK Lambor Kiri.

Sementara itu Ahmad Faizal berharap agar dewan serbaguna berkenaan dapat memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, selain pelajar, dewan berkenaan juga boleh digunakan bagi tujuan kenduri kendara orang kampung dan sebagainya.

"Kita bersyukur kerana dewan besar ini dapat disiapkan setelah sekian lama dan berjaya kita rasmikan hari ini.

"Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk menambah sedikit peruntukan bagi menampung pembelian kerusi meja dan peralatan siar raya bagi kegunaan dewan serba guna ini," katanya.