Palsukan kad nikah elak ditangkap basah

Anggota PADK memeriksa rumah pasangan tersebut
Anggota PADK memeriksa rumah pasangan tersebut
A
A
A

KULIM - Sepasang kekasih bertindak memalsukan dokumen pernikahan bagi mengelak ditahan khalwat, semalam

Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azwan Azman berkata, lelaki tersebut berusia 29 manakala wanita berusia 36 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati lima anak kepada wanita tersebut berusia 6 hingga 14 tahun yang tinggal bersama sedang tidur.

"Hasil siasatan lanjut, pasangan ini memalsukan dokumen bagi mengelak daripada ditahan. Mereka juga tiada sebarang hubungan mahram dan bukan suami isteri yang sah," katanya.

Menurutnya, pasangan itu ditahan di bawah Seksyen 25 (A) (B) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSNK) kerana disyaki berkhalwat.

"Mereka turut disabit dengan Seksyen EKJSNK 2014, pemalsuan dokumen," katanya.

Terdahulu, Azwan bersama tiga anggota PADK melakukan serbuan di rumah terbabit selepas mendapat maklumat awam.

Artikel Berkaitan: