X

Kindly register in order to view this article
!

Tugas berat menanti, kata Ahmad Samsuri

Ahmad Samsuri
A
A

KUANTAN - Muka baharu dalam saf kepimpinan Naib Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan cuba menggalas tugas tersebut dengan penuh amanah.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, tugas itu amat berat dan beliau memerlukan sokongan semua pihak.

"Saya akan terus belajar daripada senior-senior saya dalam parti. Saya perlu dibantu dan dibimbing untuk sama-sama menjalankan amanah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Iskandar beri laluan kepada calon berprofil tinggi

"Fokus kita tentunya untuk melakukan pengukuhan sebagaimana dalam ucapan dasar Presiden yang memperincikan banyak perkara dalam pelbagai sudut. Khususnya tentang hala tuju parti untuk berdepan PRU15 dan hasrat kerjasama Pas degan parti-parti lain," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Persaingan jawatan Naib Presiden Pas menyaksikan kejutan apabila penyandangnya, Datuk Ir Iskandar Samad menolak pencalonan daripada perwakilan.

Sekali gus, memberi laluan kepada Ahmad Samsuri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Keputusan itu diumumkan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, Iskandar telah menjalankan tugas dengan baik ketika berkhidmat selama dua penggal sebagai Naib Presiden.

"Beliau juga telah melakukan banyak penambahbaikan terutama dari segi Unit Bencana dan penambahan ahli parti. Tentunya kerja cemerlang ini perlu diteruskan.

"Saya juga yakin beliau akan terus memberi sumbangan kepada parti walaupun tidak lagi memegang jawatan Naib Presiden," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!