Ali Rustam keluar Umno, ini penjelasan anaknya...

Mohd Ridhwan
Mohd Ridhwan
A
A
A

MELAKA TENGAH - "Dua kali, tular ayah keluar Umno sudah pasti ia meresahkan ahli keluarga namun sehingga hari ini ayah masih tetap dengan Umno," kata Mohd Ridhwan Mohd Ali sekali gus menafikan bapanya, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam keluar parti itu.

Mohd Ridhwan yang juga Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, beliau telah berhubung dengan bapanya sekitar jam 11 pagi tadi dan Mohd Ali menafikan berita tular tersebut yang dipetik dari sebuah portal media tempatan.

Menurutnya, beliau percaya berita mengenai lompat parti itu wujud disebabkan tekanan yang dihadapi pemimpin Umno sekarang sehingga tular berita sedemikian.

"Setakat ini Tan Sri masih setia dan tetap bersama Umno, lagipun apa yang dikecapi hingga hari ini hasil daripada perjuangan di dalam Umno selama 32 tahun," katanya ketika dihubungi tadi.

Jelas Mohd Ridhwan, beliau juga tidak menafikan ada dipujuk individu dari kerajaan PH untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti di bawah PH namun masih berpendirian untuk bersama parti keramat orang Melayu itu.

Sebelum ini, tular mengenai bekas Ketua Umno bahagian itu yang akan membuat keputusan meninggalkan parti berkenaan dan menyertai parti Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Ridhwan turut menyelar tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang gagal memainkan peranan yang menjaga portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial termasuk mencari titik persamaan sejak tercetusnya isu kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya hingga sekarang.

"Menteri itu perlu melepaskan jawatan itu secara terhormat kerana tidak berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku itu," katanya.

Artikel Berkaitan: