Glasier Himalaya 'terancam'

Kira-kira 13 peratus ais pada 1975 dilaporkan 'hilang' pada tahun 2000.
Kira-kira 13 peratus ais pada 1975 dilaporkan 'hilang' pada tahun 2000.
A
A
A

NEW YORK - Kajian terbaharu berdasarkan imej satelit era Perang Dingin menunjukkan pencairan glasier Himalaya meningkat dua kali ganda sejak 40 tahun lalu.

Sebanyak 650 glasier yang sedang diteliti di bahagian China, India, Bhutan dan Nepal didapati mencair pada kadar kira-kira 0.43 meter setahun antara 2000 dan 2016 atau dua kali ganda lebih cepat berbanding tempoh antara 1975 dan 2000.

Penyelidikan itu juga mendapati kira-kira 13 peratus daripada ais pada 1975 ‘hilang’ pada tahun 2000.

Kumpulan penyelidik meramalkan 15 peratus daripada glasier asal yang sering dirujuk sebagai ‘kutub ketiga’ selepas Antartika dan Artik itu juga akan lesap untuk tempoh 16 tahun akan datang.

“Pencairan itu konsisten di sepanjang lebih 2,000 kilometer. Suhu panas akibat fenomena pemanasan global dipercayai menjadi punca keadaan itu,” kata ketua penulis laporan New Science Advances, Joshua Maurer yang menggunakan data daripada satelit KH-9 Hexagon yang digunakan untuk tinjauan global ketika era 1970-an.Imej itu kemudiannya diimbas oleh Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) menerusi portal agensi Earth Explorer.

Difahamkan, aliran glasier dari barat Pakistan ke tengah China itu menyediakan sumber air kepada berbilion penduduk. - AFP

Artikel Berkaitan: