SPRM dedah 41 penama penerima wang 1MDB

Latheefa Koya pada sidang Media berhubung undang-undang terkini Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bilik Media SPRM, Aras 3, SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. FOTO SINAR HARIAN:ZAHID IZZANI
Latheefa Koya pada sidang Media berhubung undang-undang terkini Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bilik Media SPRM, Aras 3, SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. FOTO SINAR HARIAN:ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita telah mengenal pasti 41 sama ada individu atau entiti yang telah dijadikan responden dalam permohonan yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan bermula pada 25 Jun, 10 Julai, 24 Julai dan 31 Julai.

“41 responden yang disenaraikan termasuklah daripada pihak-pihak berkaitan parti UMNO yang melibatkan nilai RM212 juta dan selebihnya adalah yayasan-yayasan, syarikat-syarikat dan sebagainya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jumlah permohonan lucut harta bernilai RM270 juta itu adalah jumlah terbesar sekaligus menjadi sejarah bagi kes AMLA di negara ini sehingga kini.

“Semua responden yang disaman ini telah didapati melanggar undang-undang kerana menerima wang daripada akaun Najib,” katanya.

Pada masa sama, Latheefa menjelaskan bahawa, Najib dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low tidak disenaraikan dalam permohonan lucut hak itu.

Artikel Berkaitan:

“Bagi kes saman ini, semua responden tidak melibatkan warga asing dan hanya individu tempatan.

“Tapi kami percaya selepas fail saman ini lebih banyak lagi responden akan dikesan dalam jejak wang ini. Semua wang responden yang berjaya diperolehi kelak akan diserahkan semula kepada kerajaan,” katanya.

No Image Caption

Berikut merupakan senarai 41 penama yang didedahkan SPRM:

1.Ibrahim Awang Ismail

2.Kasitah Gaddam

3.Ismail Abd Muttalib

4.Hasan Malek

5.Sim Sai Hoon

6.Abdul Manan Ismail

7.Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)

8.Akademi Pemuda

9.Parti Bersatu Rakyat Sabah

10.Yayasan Permata Malaysia

11.Yayasan Tun Hussein Onn

12.UMNO Kelantan

13.UMNO Bahagian Pekan

14.Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia

15.MCA Pahang

16.Sarawak United People’s Party

17.Wanita MCA

18.Liberal Democratic Party (LDP) Sabah

19.Yayasan PBAKM

20.Binsabi Sdn Bhd

21.Rayhar Travels Sdn Bhd

22.K&Z Enterprise Sdn Bhd

23.IPG Mediabrands Sdn Bhd

24.Media Edge CIA (M) Sdn Bhd

25.Hattatex Trading

26.Jakel Trading

27.Jakel Trading Sdn Bhd

28.Perano Sdn Bhd

29.AGA Touch (M) Sdn Bhd

30.Habib Jewels Sdn Bhd

31.Naza Quest Auto Snd Bhd

32.UMNO Selangor

33.UMNO Pahang

34.UMNO Kedah

35.UMNO Johor

36.Barisan Nasional Bahagian Johor Bahru

37.UMNO Sabah

38.Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

39.Bustari Yusuf

40.Yayasan Penyelidikan Transformasi

41.Yayasan Rahah