Tikam petugas kerana tertinggal kereta api

Mangsa yang berlumuran darah dibantu rakannya.
A
A

BEIJING - Gara-gara tertinggal kereta api, seorang wanita di China bertindak menikam seorang petugas di Shenzhen North Railway Station secara tiba-tiba.

Pelancong dikenali sebagai Luo itu dilaporkan menikam belakang kakitangan wanita terbabit ketika kejadian pada jam 2.47 petang (waktu tempatan) pada Selasa lalu.

Rakaman video situasi cemas itu menunjukkan mangsa dikenali sebagai Liu berada dalam keadaan berlumuran darah dan turut dibantu rakannya.

Pengawal keselamatan yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendengar jeritan rakan mangsa meminta tolong turut menangkap pelancong wanita terbabit.

Liu kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, polis telah melancarkan siasatan ke atas kejadian tersebut. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia