9,827 calon duduki peperiksaan SPM ulangan 2019

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 9,827 calon berdaftar bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2019 dari 25 hingga 27 Jun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini, sebanyak 203 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 1,572 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Tiga mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan SPM Ulangan ialah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

"Semua calon diingatkan supaya merujuk jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai masa serta arahan dan amaran peperiksaan yang perlu dipatuhi.

"Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.lp.moe.gov.my. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia